STR Fasa 3: Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan STR Fasa 3 merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3100.

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. STR akan membantu meringankan beban sara hidup dan bakal memanfaatkan sehingga 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Berkut adalah tarikh bayaran STR Fasa 3:

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Jun merujuk kepada pengumuman terbaru YAB Perdana Menteri.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran STR pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

  • Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

Bilangan anak 0: RM300

Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400

Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600

Bilangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas: RM800

Baca Juga: Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan

Baca Juga: Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023

  • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran

Bilangan 1 – 2 anak: RM150

Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200

Bilangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas: RM250

  • Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

STR Fasa 3: RM200

  • Bujang 21 – 59 tahun

STR Fasa 3: RM150

  • Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

STR Fasa 3: RM150

Soalan Lazim

Bila tarikh bayaran STR Fasa 3?

Pada hari bekerja bulan Jun 2023

Siapakah yang layak menerima STR?

i. Isi Rumah
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
iii. Bujang

Bilakah permohonan STR akan dibuka?

Permohonan STR boleh dibuat:
i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Bilakah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuat?

Fasa 1 Januari
Fasa 2 April
Fasa 3 Jun*
Fasa 4 November*

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

i. Kredit ke Akaun Bank
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar
untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di sini.


Kongsikan Artikel Ini