STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Jun 2023

Kongsikan Artikel Ini

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : Tarikh Bayaran & Semakan Status Jun 2023 (STR Fasa 3)

TERKINI: Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) akan mula dibayar sebelum Hari Raya Haji tahun ini.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan khabar gembira itu ketika sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Parlimen pada Selasa.

Untuk makluman anda, tarikh Hari Raya Haji pada Tahun 2023 adalah pada 29 Jun 2023. Hal ini bermakna, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 diawalkan dari bulan Julai sebelum ini kepada minggu hadapan.

Berikut maklumat lengkap berkenaan STR Fasa 3.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Jun 2023

Proses bayaran STR Fasa 3 diawalkan kepada bulan Jun sebelum Hari Raya Haji.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (Rasmi)

Minggu 212 – 16 Jun 2023
Minggu 319 – 23 Jun 2023
Minggu 426 – 28 Jun 2023
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
str fasa 3 dibayar sebelum sambutan hari raya aidiladha
STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Jun 2023 4

[DIKEMAS KINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

  • Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

Bilangan anak 0: RM300

Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400

Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600

Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Baca Juga:

  1. Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan
  2. Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023
  • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran

Bilangan 1 – 2 anak: RM150

Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200

Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

  • Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

STR Fasa 3: RM200

  • Bujang 21 – 59 tahun

STR Fasa 3: RM150

  • Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

STR Fasa 3: RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM


Kongsikan Artikel Ini