Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan e-Wallet RM200 Dikreditkan Jun 2023. Kerajaan kini menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 melalui peruntukan RM400 juta yang bakal memberi manfaat kepada dua juta belia di seluruh negara.

Terkini, bantuan e-wallet ini telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan bukan hanya kepada mahasiswa nerusia 18 hingga 20 tahun.

perdana menteri umum bantuan e-wallet rm200

 

 

Inisiatif ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.



Program pada 2022 tersebut telah memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Baca Juga: Bantuan e-Wallet RM300 (BINGKAS) Mula Dikreditkan Hari Ini

Baca Juga: Cara Daftar BigPay eWallet: Jemput Rakan dan Terima Komisen sehingga RM1,000

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula 2022 ini adalah: BigPay; GrabPay; ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet



Belanjawan 2023 Bantuan e-Wallet RM200
Infografik: Berita RTM

Cara Permohonan Bantuan e-Wallet RM200



Tarikh pemberian inisiatif RM200 bagi tahun ini adalah bermula Jun 2023.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, permohonan kredit ePemula telah dibuka pada 11 April hingga 1 Jun 2022.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.




Bantuan e-Wallet RM200 kementerian kewangan
Infografik: UKK Kementerian Kewangan

Syarat & Cara Memohon Bantuan e-Wallet RM200




Untuk makluman, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa nerusia 18 hingga 20 tahun.

Syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan secara terperinci akan dikemaskini dalam masa terdekat melalui Portal Belanjawan 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

Join telegram jawatan kosong dan info bantuan kerajaan




Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan”

Comments are closed.