Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023

Kongsikan Artikel Ini

Tema & Logo Hari Kebangsaan / Hari Malaysia Tahun 2023

Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyempurnakan pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023.

Pelancaran turut diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Berikut kami kongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia Tahun 2023.

Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2023

“MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN” adalah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil pada pelancaran HKHM 2023 mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Ujarnya, pemilihan tema itu dijana menerusi buah fikir dan kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir yang terdiri daripada 16 orang pakar dalam pelbagai bidang.



Logo dan Tema Hari Kebangsaan

MUAT TURUN LOGO TEMA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA TAHUN 2023:




LOGO-HARI-KEBANGSAAN-HARI-MALAYSIA-2023

Logo Hari Kebangsaan Tahun 2023

Logo Malaysia MADANI merupakan logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023.

Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik akan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Logo Hari Kebangsaan

MUAT TURUN LOGO MALAYSIA MADANI:




LOGO-MALAYSIA-MADANI

Rasional Logo

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Rasional Logo Malaysia Madani

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI:




  • JALUR – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • BULATAN – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • BULAN SABIT – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • BINTANG – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Official Music Video

Bunkface! Malaysia MADANI (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Bunkface! – Malaysia MADANI (Official Lyric Video)

Lirik Lagu

Komposer : Sam Bunkface

Lirik : Sam & Pidaus

Penerbit : Bunkface

Lirik :

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita



Lirik Lagu Malaysia Madani

Baca Juga: Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan

Baca Juga: Permohonan Online Rumah PPRT Untuk Golongan B40

Untuk maklumat lanjut berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023, sila layari http://merdeka360.my/

Join telegram jawatan kosong dan info bantuan kerajaan




Kongsikan Artikel Ini