Rayuan STR : Mohon Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Kongsikan Artikel Ini

Bagi rakyat Malaysia yang tidak lulus STR Fasa 3, rayuan STR akan mula dibuka mulai 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Bayaran STR Fasa 3 telah mula dikreditkan secara automatik ke akaun pemohon yang layak mulai 26 Jun – 5 Julai 2023. Hal ini berikutan pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa bayaran STR Fasa 3 diawalkan sebelum Aidiladha.

Namun, terdapat pemohon yang tidak lulus bagi bayaran kali ini. Jangan risau, kerana anda boleh mengemukakan rayuan semula. Berikut dikongsikan alasan tidak berjaya dan cara rayuan STR.

Tarikh Rayuan STR 2023

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan permohonan rayuan STR dibuka mulai 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Alasan tidak lulus STR dapat disemak pemohon melalui menu > Semakan Status

Permohonan rayuan STR 2023 secara dalam talian hanya dikhaskan untuk pemohon yang berstatus Tidak Lulus sahaja.

Baca Juga: Bayaran STR Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan

Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023
Rayuan STR : Mohon Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 4

Cara Rayuan STR 2023

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Bagi permohonan rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:

  • Secara Dalam Talian.
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus sahaja.

Rayuan Tambahan juga tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500. Perkhidmatan kaunter STR LHDNM turut dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.

NOTA:

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman info STR pada Portal Manfaat menerusi pautan https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html


Kongsikan Artikel Ini