Bayaran STR Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan

Kongsikan Artikel Ini

Bayaran STR Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan. Semakan status di laman LHDN menunjukkan bayaran bantuan ini kini dalam proses.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 diawalkan sebelum Aidiladha.

Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan kira kira 8 juta isi rumah di seluruh negara. Ini selaras dengan usaha untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia ekoran kos sara hidup yang kian meningkat.

Berikut dikongsikan maklumat terkini bayaran STR Fasa 3.

Bayaran STR Fasa 3 ‘Dalam Proses’

Melalui semakan status di laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/, semua bakal penerima STR Fasa 3 menerima paparan ‘dalam proses’ pengkreditan.

Perlu diketahui, setiap permohonan perlu melalui proses tapisan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum bayaran disalurkan kepada mereka yang layak.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu usaha di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia. Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah bermula dari RM150 sehingga RM800 mengikut kategori isi rumah yang layak.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Proses bayaran STR Fasa 3 diawalkan kepada bulan Jun sebelum Hari Raya Haji. Semakan status bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023. Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

bayaran str fasa 3 sebelum aidiladha
Bayaran STR Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan 4

[DIKEMASKINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Aidiladha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

  • Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

Bilangan anak 0: RM300

Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400

Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600

Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

  • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran

Bilangan 1 – 2 anak: RM150

Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200

Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

  • Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

STR Fasa 3: RM200

  • Bujang 21 – 59 tahun

STR Fasa 3: RM150

  • Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

STR Fasa 3: RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM


Kongsikan Artikel Ini