Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2023/ 2024

Kongsikan Artikel Ini

Semakan Keputusan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/ 2024 boleh dibuat mulai 26 Jun 2023 jam 2 petang.

Hebahan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu diumumkan melalui siaran laman Facebook rasmi KPM pada Jumaat.

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan dam cara rayuan kemasukan matrikulasi sesi 2023/ 2024.

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi 2023/ 2024

Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM boleh disemak mulai 26 Jun 2023 jam 2 petang.

Untuk melakukan semakan, sila layari https://matrikulasi.moe.gov.my

Calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 hendaklah mencetak senarai dokumen seperti berikut melalui laman sistem aplikasi semakan dan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama ketika mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran.

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tahniah kepada calon yang berjaya! Untuk makluman anda, pelajar Matrikulasi juga tersenarai dalam kategori yang layak untuk menerima eBeliaRahmah.

semakan keputusan matrikulasi
Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2023/ 2024 4

Cara Rayuan Semakan Keputusan Matrikulasi

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan kemasukan boleh dibuat mulai 26 Jun sehingga 7 Julai 2023. Rayuan hendaklah dibuat secara dalam talian matrikulasi KPM.

Tarikh hebahan keputusan rayuan akan diumumkan pihak KPM dari semasa ke semasa.

Bagi calon yang masih gagal mendapat tawaran program Matrikulasi, anda boleh memilih alternatif lain seperti Tingkatan 6, Program Diploma IPTA/ IPTS seperti Politeknik dan pelbagai lagi pilihan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemohon yang berjaya dalam keputusan rayuan program Matrikulasi 2023/ 2024 bagi ambilan kedua perlu mendaftar secara atas talian di laman sesawang kolej masing-masing. Pelajar yang berjaya perlu mendaftar ke kolej mengikut tarikh yang ditetapkan pada surat tawaran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks


Kongsikan Artikel Ini