Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Lesen Memandu – Pendaftaran Program MyLesen bagi tahun 2023 telah dibuka.

Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka bersama dokumen untuk pendafataran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Perkeso 1024x410 1
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023 8

Program Bantuan Lesen Memandu B2

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Bantuan Lesen Memandu 2023
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023 9

Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Program MyLesen B2 2023 (Melaka)

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan & mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
  • Tanggungan kepada penerima layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Muat Turun Borang Bantuan Lesen 2023

Borang Bantuan Lesen Memandu 2023
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023 10
Borang Bantuan Lesen Memandu 2023
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023 11

HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :

  • 06-251 4049 / 06 – 251 4050
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Bahagian Pelesenan Melaka
Bantuan Lesen Memandu 2023
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2023 12

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.

Layari Laman Media Sosial Rasmi JPJ Untuk Info Terkini

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Twitter: JPJ_Malaysia

Instagram: JPJMalaysia

Youtube: JPJMalaysia

Telegram: JPJ_Malaysia

Facebook Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Mohon juga :

Ikuti Telegram Rasmi

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan


Kongsikan Artikel Ini