Insentif RM1000 Diberikan Untuk Pekerja Wanita

Kongsikan Artikel Ini

Insentif RM1000 akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada wanita-wanita yang bekerjaya di negeri tersebut.

Program Mamakerja 2023 ini merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban kos penjagaan anak-anak bagi wanita yang bekerja.

Perkeso 1024x410 1
Insentif RM1000 Diberikan Untuk Pekerja Wanita 7

Artikel berkaitan :

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Program Mamakerja 2023 merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023
Insentif RM1000 Diberikan Untuk Pekerja Wanita 8
Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023
Insentif RM1000 Diberikan Untuk Pekerja Wanita 9
Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023
Insentif RM1000 Diberikan Untuk Pekerja Wanita 10

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif RM1000

Antara kriteria-kriteria individu yang layak menerima insentif ini adalah:

  • Wanita bekerja dan mempunyai majikan.
  • Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah.
  • Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan)
  • Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.

Cara Permohonan Insentif RM1000

  • Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di atas.
  • Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Mamakerja boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi Selangkah atau pemohon juga boleh tekan pada pautan dibawah
  • Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:
    1. Kad Pengenalan pemohon.
      • Kad Pengenalan pasangan,
    2. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat.
    3. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini.
    4. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji.
    5. Salinan penyata bank pemohon.
    6. Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC.
    7. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
  • Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.
  • Penyaluran insentif pula akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini di dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini, anda boleh merujuk Portal Rasmi Program Mamakerja atau anda juga boleh hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.

Diharapkan info terkini tentang Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh layari portal Mingguan Kerja untuk mendapatkan info-info berkenaan bantuan kerajaan, kerjaya dan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia.


Kongsikan Artikel Ini