Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1

Kongsikan Artikel Ini

Terkini : Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 Tahun 2023 dibuka bermula 14 November – 30 November 2023.

Untuk makluman anda, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.

Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu e-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang e-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

e-Pengambilan PDRM – Jawatan Polis Tahun 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan akan dibuka pada tarikh :

14 November 2023 hingga 30 November 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
  2. Klik butang ‘Log Masuk’;
  3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
  4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’;
  5. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
  6. Klik butang ‘Hantar Borang’.
  7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sila rujuk butiran berkaitan syarat permohonan, kelayakan fizikal, gaji & faedah serta deskripsi tugas dalam lampiran di bawah :

e-Pengambilan PDRM - Syarat Permohonan Jawatan Polis
Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 9

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

e-Pengambilan PDRM – Deskripsi Tugas & Syarat Permohonan Konstabel Polis YT1

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan
rakyat dan negara;

Sumber : Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Cara Daftar e-Pengambilan PDRM

e-Pengambilan PDRM merupakan sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan serta permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh melakukan semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

pengambilan polis 2023 e-pengambilan pdrm

Proses pengambilan polis PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrm
Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 10
e-pengambilan pdrm polis 2023
Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 11

Cara Semak Jawatan Polis

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, pemohon boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.

Rujuk cara membuat semakan di bawah:

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm
Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 12
epengambilan pdrm semak jawatan
Permohonan e-Pengambilan PDRM Konstabel Polis YT1 13

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Baca Juga :

Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.

Cara Semakan Status Permohonan

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut tentang permohonan jawatan polis 2023 boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini