Pengeluaran KWSP RM10K – RM50K Kini Dibenarkan!

Kongsikan Artikel Ini

Pengeluaran KWSP – Untuk pengetahuan, setakat ini terdapat lebih 4 juta ahli yang mencarum didalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dan yang lebih mengejutkan lagi, ahli-ahli ini bakal menerima kemudahan pengeluaran melalui program KWSP yang terbaru yang dinamakan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

FSA2 membolehkan pencarum untuk melakukan transaksi pengeluaran wang simpanan mereka dengan amaun dari RM3,000 minimum sehingga RM50,000 maksimum.

Pengeluaran KWSP FSA2

Objektif penubuhan FSA2 ini ialah untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Dengan kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP ini, pencarum dapat mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

FSA2 1024x1024 1 1
Pengeluaran KWSP RM10K - RM50K Kini Dibenarkan! 6

Amaun Kelayakan Pengeluaran KWSP FSA2

Dibawah adalah infografik ringkas tentang syarat kelayakan pengeluaran wang simpanan KWSP :

amaun kelayakan pengeluaran KWSP 1024x595 1
Pengeluaran KWSP RM10K - RM50K Kini Dibenarkan! 7

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP

Dibawah merupakan syarat kelayakan pengeluaran KWSP:

  • terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Syarat Permohonan 1024x1024 1 2
Pengeluaran KWSP RM10K - RM50K Kini Dibenarkan! 8

Cara Mohon Pengeluaran KWSP RM10,000

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Manfaat Pengeluaran KWSP FSA2

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Ahli Dibenarkan Lakukan Pengeluaran Sehingga RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 ke bawah.

Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:


Kongsikan Artikel Ini