Bantuan Kewangan RM400 Untuk Keluarga B40 Mula Diagihkan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Kewangan RM400 – Satu berita gembira buat mana-mana keluarga yang tergolong dalam kategori B40, Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan bantuan minimum RM400 sehingga RM1200 maksimum.

Untuk pengetahuan, bantuan ini akan diagihkan pada STR Fasa 4 bulan November 2023 ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk pengetahuan semua, Sumbangan Tunai Rahmah telahpun dilancarkan oleh Kerajaan Perpaduan yang menggantikan bantuan-bantuan sedia ada sebelum ini. Inisiatif bantuan ini adalah sehingga RM2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan untuk mereka yang layak.

Inisiatif daripada Kerajaan Madani ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat meringankan tanggungan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi pada masa kini.

STR Fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 ini adalah bayaran kali terakhir untuk tahun 2023 dimana ianya akan berlangsung pada bulan November 2023 ini.

Akan tetapi, selain daripada bantuan kewangan RM400 ini, terdapat beberapa lagi bantuan yang telah diagihkan selain dariapda STR ini seperti Kredit eWallet, Baucar Shopee, Bantuan Lesen Memandu dan banyak Lagi.

41602672106 TBAnwarIbrahim
Bantuan Kewangan RM400 Untuk Keluarga B40 Mula Diagihkan 4

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM400

Untuk rekod semasa daripada pihak Kementerian Kewangan, pembayaran untuk fasa terakhir ini adalah masih berlandaskan pada jadual pembayaran yang telah dikeluarkan Kerajaan, iaitu pad bulan November 2023 in.

Akan tetapi, tarikh rasmi masih belum diputuskan lagi dan akan diperhalusi kelak oleh pihak Kerajaan.

Kategori Penerima Bantuan Kewangan

Kategori Isi Rumah B40

  • Tiada anak : RM 400
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

Kategori Isi Rumah M40

  • Tiada anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 400
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • RM 300

Bujang dan Bujang OKU

  • RM200

Semakan Status STR

Maklumat Lanjut Bantuan Kewangan RM400

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini