Permohonan SBP 2023 : Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan SBP Untuk Murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan umumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.

Objektif penubuhan Sekolah Berasrama Penuh ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sudah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka menimba ilmu di institusi berkenaan. Ianya menjadi pilihan kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di sana.

sbp integrasi kuantan Image1
Permohonan SBP 2023 : Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 4

Permohonan SBP Secara Online

Untuk pengetahuan ibu bapa dan pelajar semua, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun pengambilan 2023.

Tarikh rasmi untuk anda melakukan permohonan kemasukan ke SBP ini adalah pada awal bulan Ogos sehingga Pertengahan bulan September 2023.

Tarikh Permohonan SBP 2023

1 Ogos 2023 – 17 September 2023.

Syarat Kemasukan SBP 2023

Dibawah merupakan beberapa syarat utama yang dipetik dari KPM bagi Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2023 :

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022. Atau,
  3. Merupakan murid Tingkatan 3 dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2022.
  1. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  2. Murid yang sihat tubuh badan.
  3. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

PERMOHONAN SBP 2023

Permohonan ini adalah untuk kemasukan bagi Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4 sesi 2023. Di bawah ini adalah cara permohonan Sekolah Berasrama Penuh :

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 2023

Untuk memohon sila tekan portal rasmi ini :

Kemudian, tekan [PERMOHONAN]. Buat masa ini sebarang permohonan masih lagi belum boleh dibuat sehingga dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dijangka akan dibuka pada Ogos 2023 nanti.

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 2023

Untuk memohon sila masuk ke pautan rasmi ini :

Sila tekan [PERMOHONAN]. Untuk makluman, buat masa ini masih lagi tidak boleh memohon untuk kemasukan Tingkatan 4 dan dijangka pihak KPM akan membuka permohonan pada bulan Ogos 2023 nanti.

Sistem Permohonan Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.


Kongsikan Artikel Ini