MUET Sesi 1 2023: Tarikh & Cara Semakan Keputusan Online

Kongsikan Artikel Ini

Majlis Peperiksaan Malaysia akan menghebahkan Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2023 bermula 8 Jun 2023, Khamis pada pukul 10.00 pagi.

Calon calon yang telah mengambil Ujian Malaysian University English Test (MUET) ini, anda boleh melakukan semakan keputusan secara atas talian atau SMS.

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan Ujian MUET Sesi 1 2023.

Cara Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2023




Melalui hebahan rasmi dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), hebahan keputusan ujian MUET Sesi 1 2023 boleh dilakukan bermula 8 Jun 2023, Hari Khamis tepat pukul 10.00 pagi.

  • Semakan Melalui Portal MPM
    1. Layari https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
    2. Masukkan No Kad Pengenalan/ No Giliran
    3. Klik butang ‘submit’
    4. Keputusan akan dipaparkan
    5. Download slip keputusan
  • Semakan Melalui SMS
    1. Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888

Baca Juga:

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Cara Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET




Sekiranya calon ingin mengemukakan rayuan semakan semula keputusan MUET, sila rujuk maklumat di bawah dengan teliti.

Semua jenis calon boleh memohon semak semula pada 6 Jun 2023, jam 10 pagi.

  • Sekiranya calon kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh, anda boleh mengemukakan rayuan bagi semakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  • Yuran rayuan semakan semula ialah RM70.00. Calon boleh melakukan pendaftaran dengan cara:
    • membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional.
    • membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan semakan semula ini adalah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan semakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (mengikut hari bekerja).
  • MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu hanya kepada calon yang telah berubah keputusan keseluruhan sahaja.




Kongsikan Artikel Ini