Masalah air UMS: Perdana Menteri umum peruntukan RM 3 juta

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU: Berikutan masalah air UMS yang semakin kritikal dan menyukarkan mahasiswa serta warga di Universiti Malaysia Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan secara langsung peruntukan sebanyak RM 3 juta bagi menangani krisis berkenaan.

Ujar Anwar, peruntukan berkenaan boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan projek penggerudian air bawah tanah dan seterusnya membuka pusat rawatan air di universiti berkenaan.




Perdana Menteri melanjutkan dengan memberitahu bahawa beliau tidak mahu isu air mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran mahasiswa dan warga universiti. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan dalam menangani permasalahan berikut.

Baca Juga:

Oleh itu, beliau meminta Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor untuk menulis surat rasmi mengenai keperluan melaksanakan projek tersebut.




Pengumuman itu dibuat sejurus selepas beliau menerima soalan daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, saudari Jeeba Cassandra Abdul Mumin semasa Program Temu Anwar di Dewan Canselor, UMS hari ini.

Program tersebut menerima kehadiran sekitar 5,000 penuntut institut pengajian tinggi dari pelbagai jenis terutama UMS, UiTM,Politeknik selain orang awam yang turut hadir ke program berkenaan.




Kongsikan Artikel Ini