Cara Semak Keputusan SPM Online myresultspm.moe.gov.my 2023

Kongsikan Artikel Ini

HEBAHAN KEPUTUSAN SPM 2022 & CARA SEMAKAN ONLINE 2023

Melalui hebahan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM ini di sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi.




Untuk pengetahuan calon, keputusan SPM juga boleh disemak secara atas talian tanpa perlu hadir ke sekolah. Namun, keputusan secara atas talian tidak mengeluarkan cetakan slip keputusan peperiksaan.

Slip rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia boleh diperolehi di sekolah masing-masing.

Berikut dikongsikan informasi lengkap berkenaan cara semakan dan tarikh hebahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 bagi tahun 2023 ini.

Cara Semakan Keputusan SPM




Melalui inisiatif yang dikeluarkan oleh KPM, terdapat beberapa kaedah untuk membuat semakan keputusan SPM:

  1. SEMAKAN DI SEKOLAH:
    • Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.
    • Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar terus melalui pos pada 8 Jun 2023.
  2. SEMAKAN ONLINE:
    • Semakan secara atas talian boleh diakses pada pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan SPM 2022 bermula pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023; atau
  3. SEMAKAN SMS:
      • Semakan keputusan SPM melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) boleh dibuat dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.



Baca Juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, sila layari portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui pautan https://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Join telegram jawatan kosong dan info bantuan kerajaan




Kongsikan Artikel Ini