Bantuan Tunai Bulanan Khas Untuk Isi Rumah Akan Dipertimbang – PM

Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bantuan tunai bulanan khas kepada isi rumah yang tidak dapat menyertai aktiviti menjana pendapatan atas faktor usia dan kesihatan bagi membolehkan mereka melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai bulanan khas itu antara tiga cadangan yang dibentangkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya pada Isnin lalu.

Bantuan Tunai Bulanan Khas
Bantuan Tunai Bulanan Khas Untuk Isi Rumah Akan Dipertimbang - PM 6

Artikel berkaitan :

Bantuan Tunai Bulanan Khas Isi Rumah

Kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan miskin tegar yang sangat terkesan dan tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan sendiri atas faktor umur atau kesihatan, akan dibantu dengan sebuah solusi dengan menawarkan bantuan tunai khas secara bulanan.

Usul ini telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha beliau untuk menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.

Tambahan lagi, beliu berkata pemberian bantuan tunai bulanan ini demi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan bagi golongan itu.

Bantuan Tunai Bulanan Khas
Bantuan Tunai Bulanan Khas Untuk Isi Rumah Akan Dipertimbang - PM 7

Beliau meminta semua agensi dan kementerian untuk menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin yang layak untuk dibantu dan menjana pendapatan di bawah PGK makanan dalam tahun ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program-program dalam membasmi kemiskinan tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman dan pemberian modal perniagaan.

Jelasnya, ini termasuk latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan dan usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat dalam kelompok miskin tegar.

Sertai Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan

Perkeso 1024x410 1
Bantuan Tunai Bulanan Khas Untuk Isi Rumah Akan Dipertimbang - PM 8

Sumber :

  1. Berita Harian
  2. The Vocket

Kongsikan Artikel Ini