Guna Duit i-Sinar Buat Pelaburan Emas? ~ Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Emas Masa Sekarang

Kongsikan Artikel Ini

emas%2Bi sinar

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Semenjak pengumuman vaksin COVID-19 pada hujung tahun lepas, berlaku satu fenomena luar biasa iatu orang ramai sanggup beratur panjang di kedai emas semata-mata untuk membeli emas. Hal ini sekaligus, menjadi faktor utama mengapa penuruan harga emas secara mendadak.


Perunding Pelaburan Emas ada menyatakan bahawa bermula dari awal Januari sehingga Ogos tahun lalu, berlakunya trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram. Namun begitu, awal tahun 2021 ini, harga emas telah pun jatuh semula sekitar RM220 sehingga RM250 segram.





Faktor Harga Emas Naik Dan Turun

Sebenarnya faktor mengapa harga emas naik adalah disebabkan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Atas sebab itu, orang ramai tidak berani berbelanja dan menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset utama.


Semenjak berita vaksin Covid-19 dijumpai, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman Covid-19 dengan pakar ekonomi berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih.


Perkara ini jugalah yang mendorong penurunan harga emas dan menyebabkan orang ramai mengambil peluang untuk membelinya sebagai pelaburan.

Kebanyakan orang berpendapat waktu sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk mendapatkan barangan kemas kerana harganya sedang murah.

Satu lagi faktor penting turunnya harga emas adalah kemudahan pelbagai bantuan dana dari kerajaan serta pengeluaran i-Sinar yang membantu orang membuat pelaburan bagi membeli emas.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI, hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk menggunakan duit i-Sinar bagi membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Emas Pelaburan Jangka Masa Panjang

Menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham.

Pada Januari sehingga April 2020, harga emas meningkat 18 peratus dan pada ogos lalu harganya lebih kurang RM300 satu gram.

Untuk pelaburan jangka panjang, emas turut menunjukkan tend positif sejak 20 tahun lalu.

Tahukah anda bahawa emas bukan sahaja dalam bentuk barang kemas, malah juga dalam bentuk dinar dan jongkong emas. Pelaburan emas dalam bentuk barang kemas paling mudah dan menarik perhatian wanita.

4 Fungsi Emas

  • Perhiasan
  • Simpanan
  • Pelaburan 
  • Perniagaan

Barangan kemas juga sebenarnya mudah untuk mendapatkan tunai kerana diterima di semua kedai pajakan atau Ar-Rahnu. 

Sekiranya anda ingin menyimpan emas, pastikan anda memilih emas yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.

Paling penting sekali, elakkan membeli emas yang mempunyai banyak batu permata dan elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya boleh mencecah sehingga 70 peratus.

Semoga anda dapat memanfaatkan dan menggunakan duit i-Sinar ke arah kebaikan dan paling penting sekali untuk pelaburan jangka masa panjang.

Sumber: sinarharian.com.my


Kongsikan Artikel Ini