Semakan i-Sinar Tanpa Syarat & Bantuan Tambahan Bersasar Mac 2021

Kongsikan Artikel Ini

Semakan%2BiSinar%2BTanpa%2BSyarat%2BMac%2B2021
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
Kuala Lumpur: Kerajaan akan merangka langkah-langkah tambahan dalam tempoh terdekat untuk menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Langkah Tambahan Bantuan Secara Bersasar Kumpulan Rentan

Beliau berkata, langkah itu akan membabitkan terutama golongan miskin dan yang mengalami kehilangan pendapatan, selain usaha meningkatkan sokongan kepada perniagaan khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi serta perniagaan yang dalam proses pembukaan semula pasca-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada aspek ekonomi pula, kerajaan memperkenalkan empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion dan satu pakej bantuan bernilai RM15 bilion. Ini belum mengambil kira Belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia bernilai RM322.5 bilion.


Bukti Kesungguhan Kerajaan Menjaga Kebajikan Rakyat

“Semua ini adalah bukti kesungguhan kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin dan memulihkan kelembapan ekonomi negara yang dihadapi ekoran pandemik yang melanda dunia pada hari ini,” katanya dalam laporan ke-43 Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata, minggu ini menyaksikan genap setahun kerajaan pentadbiran Perikatan Nasional dibentuk.
Sepanjang tempoh itu, negara mengalami krisis yang tidak pernah dihadapi sebelum ini, iaitu pandemik Covid-19, katanya.
“Penularan pandemik ini bukan sahaja mengakibatkan krisis kesihatan malah krisis ekonomi. Sebagai kerajaan yang prihatin, cabaran utama kita dalam menguruskan krisis ini ialah mengimbangi antara nyawa rakyat dengan kelangsungan hidup,” katanya.


Pembayaran i-Sinar Bermula 2 Mac Lalu Secara Berperingkat

Tengku Zafrul berkata, mengenai inisiatif i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran dibuat bermula 2 Mac lalu.
“Ia membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat,” katanya.

8 Mac Tarikh Semakan  Permohonan Baharu Pemansuhan Kriteria

Beliau berkata, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.
“Saya yakin perkembangan ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat dan diharapkan kemudahan i-Sinar ini akan sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya.
Sumber: Bernama & hmetro.com.my

Kongsikan Artikel Ini