Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat

Kongsikan Artikel Ini

Tukar%2BAmaun%2BPengeluaran%2BiSinar
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Akhirnya setelah lama dinantikan, kini para pemohon i-Sinar KWSP boleh untuk membuat pindaan amaun i-Sinar masing-masing. Namun begitu ada beberapa syarat yang perlu anda tahu sebelum membuat pindaan amaun i-Sinar KWSP.



Kami kongsikan maklumat cara-cara tukar amaun i-sinar seperti berikut.


Berapa Kali Boleh Tukar Amaun i-Sinar Yang Baru?

Untuk pengetahuan anda, anda hanya boleh dibenarkan untuk menukar amaun pengeluaran sebanyak sekali sahaja. Justeru anda perlu untuk fikir dalam-dalam sebelum untuk membuat penukaran.

Sekiranya anda telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dibuat, ini bermakna tiada lagi pindaan amaun yang boleh anda lakukan.

Nota Penting Pindaan Amaun i-Sinar KWSP

1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu        tidak akan dipaparkan.
3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
  • Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
  • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
  • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

Cara-Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Terkini

Berikut dikongsikan cara-cara terbaru untuk menukar amaun i-Sinar secara online.

1. Layari portal i sinar
2. Klik Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan Dan No Telefon.
3. Klik ‘Teruskan”
4. Sahkan OTP
5. Sahkn No. telefon dan alamat
6. Pilih jumlah baru. Sekiranya Anda Pernah memohon amaun RM10,000 anda tidak boleh untuk membuat pindaan amaun.
7. Jika selesai membuat pindahan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.
8. Akhir sekali tunggu permohonan diluluskan dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

Soal Jawab Tentang Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP


1. Bolehkah saya memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar?

Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:

  • Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  • Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

2. Sekiranya permohonan pindaan amaun i-Sinar diluluskan, bilakah amaun baharu itu akan berkuatkuasa?

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.


3. Bagaimanakah saya boleh memohon untuk membuat pindaan amaun pengeluaran i-Sinar?

Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘PINDAAN PENGELUARAN – Amaun Dimohon’ di i-Sinar online.

Semoga artikel ini membantu anda untuk membuat pindaan amaun i-Sinar KWSP. Selamat Mencuba.

Kongsikan Artikel Ini