Rayuan STR – Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4

Kongsikan Artikel Ini

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR 2023

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa proses bayaran STR Fasa 4 telah mula disalurkan secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.

Menerusi bantuan ini, para penerima bakal mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pengkreditan bayaran STR akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penerimaan boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 7 November 2023.

pengkreditan bayaran dan rayuan STR sumbangan tunai rahmah
Rayuan STR - Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4 7

Isi Kandungan

Semakan Status Permohonan Rayuan STR

Semakan status kelulusan permohonan rayuan STR Fasa 4 telah dibuka mulai 7 November 2023.

Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya LULUS RAYUAN.

Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi STR 2023 di pautan https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
  2. Semak status anda
  3. Jumlah bayaran yang akan anda terima akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Keputusan Permohonan Rayuan STR
Rayuan STR - Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4 8

Anda juga boleh membuat semakan melalui peti mel STR.

Baca Juga :

pesanan STR melalui peti mel
Rayuan STR - Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4 9

LHDN sebelum ini memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 dan 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

Bagi yang lulus rayuan dalam Fasa 4, anda akan menerima bayaran fasa 5, seperti yang dinyatakan dalam paparan di laman web Sumbangan Tunai Rahmah di bawah :

STR Fasa 5
Rayuan STR - Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4 10

Kod Alasan Tidak Lulus, Tindakan & Dokumen Diperlukan (Rayuan STR)

PENGESAHAN PENGENALAN KOD ALASAN 01 / 02 / 03

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2500 (bagi kategori Bujang). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan (Kod 72). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Bagi kod 72 (semakan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan). Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan yang sebenar pada Borang Permohonan Rayuan STR.

Adakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR saya dipertimbangkan?

Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR?

Ya. Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Permohonan STR saya Tidak Lulus bagi kod 22 / 23 / 24 berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh rayuan STR dibuka?

Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Maklumat Lanjut

Soalan Lazim (FAQ) Rayuan STR Fasa 4

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Baca Juga :


Kongsikan Artikel Ini