[Terkini] Cara Semakan Status Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar Bermula 18 Mac ~ Tidak Boleh Tukar Jadual Bayaran Bulanan i-Sinar!

Kongsikan Artikel Ini

pindaan%2Bpengeluaran%2B1

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Masih terdapat segelintir pemohon yang masih belum mendapat maklum blas daripada KWSP berkaitan dengan status pindaan pengeluaran mereka. 


Ramai pemohon yang telah mengambil kesempatan bermula 8 Mac lalu untuk membuat pindaan amaun pengeluaran kerana kesilapan yang mereka telah buat. Tindakan ini disambut oleh para pemohon KWSP untuk membuat pindaan amaun pengeluaran supaya mereka dapat mengeluarkan jumlah penuh pengeluaran mengikut baki akaun masing-masing.





Persoalan timbul bilamana, terdapat segelintir pemohon yang sudah dapat maklum balas status pindaan amaun pengeluaran dan terdapat segelintir pemohon yang permohonannya masih dalam proses.

Kami kongsikan kepada anda kenyataan terkini KWSP berkaitan dengan maklum balas tarikh rasmi semakan pindaan pengeluaran.

Tarikh Rasmi Semakan Status Pindaan Amaun Pengeluaran

Anda boleh membuat semakan pada 18 Mac 2021 bersamaan dengan hari khamis ini. 

Baca juga: Cara membuat semakan status pindaan amaun pengeluaran. 

18%2Bmac%2B2021

Cara Semakan Status Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP

1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Skrol ke bawah dan tekan butang Semak Status
3. Isi maklumat yang dipaparkan
4. Kemudian, status kelulusan anda akan dipaparkan
Cara-Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Terkini
Berikut dikongsikan cara-cara terbaru untuk menukar amaun i-Sinar secara online.
1. Layari portal i sinar
2. Klik Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan Dan No Telefon.
3. Klik ‘Teruskan”
4. Sahkan OTP
5. Sahkn No. telefon dan alamat
6. Pilih jumlah baru. Sekiranya Anda Pernah memohon amaun RM10,000 anda tidak boleh untuk membuat pindaan amaun.
7. Jika selesai membuat pindahan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.
8. Akhir sekali tunggu permohonan diluluskan dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

Nota Penting Pindaan Amaun i-Sinar KWSP

1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
Sumber: kerjasemasa.com 


Kongsikan Artikel Ini