Cara Semak & Tarikh Pembayaran Pemohon i-Sinar Tanpa Syarat ~ Ramai pemohon Sudah Terima Bayaran Hari Ini



Bagi anda yang baru sahaja membuat permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac lalu, ada berita baik untuk anda yang perlu untuk anda tahu.


Berita baik untuk para pemohon i-Sinar tanpa syarat yang baharu, anda boleh sudah untuk membuat semakan tarikh pembayaran permohonan baharu anda.


Ramai pemohon di facebook yang berkongsikan kegembiraan mereka kerana setelah sahaja membuat permohonan, mereka membuat semakan tarikh pembayaran. Rata-rata gembira kerana permohonan mereka secara automatik diluluskan dan akan dikreditkan dalam masa terdekat. Syukur.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimanakah cara untuk membuat semakan secara atas talian, kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran permohonan anda.

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Kategori 2 Melalui Portal i-Sinar


1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Skrol ke bawah dan tekan butang Semak Status

3. Isi maklumat yang dipaparkan

4. Kemudian, status kelulusan anda akan dipaparkan

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan.



1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri

4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.

5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my