TERKINI : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Kongsikan Artikel Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka bakal memperkenalkan Akaun 3 kepada ahli tidak lama lagi.

Akaun 3 KWSP merupakan akaun fleksibel yang membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa, tidak seperti akaun 1 dan 2 sedia ada. Kini, walaupun sebelum pengumuman rasminya, terdapat laporan mengatakan pelaksanaannya akan bermula seawal bulan Mei.

Akaun 3 KWSP
TERKINI : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024 6

Berdasarkan laporan NST, caruman tersebut dijangka akan disalurkan ke Akaun 3 seawal bulan Mei dan berikutnya. Akaun 3 tersebut akan dimulakan dengan baki kosong dan akan melibatkan 10% daripada caruman bulanan pada masa hadapan. Dengan sistem baharu yang telah distrukturkan semula, Akaun 1 akan menerima 75% daripada caruman bulanan manakala 15% pula untuk Akaun 2.

Buat masa sekarang, caruman bulanan KWSP dipecahkan kepada 70% kepada Akaun 1 dan 30% kepada Akaun 2. Akaun 1 hanya boleh diakses selepas persaraan, manakala Akaun 2 pula boleh diakses bagi keperluan pendidikan, kesihatan dan perumahan. Ini berbeza dengan Akaun 3 yang menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa seperti akaun simpanan.

Bayaran Akaun 3 KWSP

Berapa peratus dalam Akaun 3 KWSP? Selepas Akaun Fleksibel ini dilaksanakan, akaun ahli akan dibahagikan kepada :

  • Akaun 1 = 75%
  • Akaun 2 = 15%
  • Akaun 3 = 10%
Akaun 3 KWSP
TERKINI : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024 7

Ahli KWSP diberi masa bermula Mei sehingga 31 Ogos 2024 (fasa pengumpulan) untuk pilih jumlah permulaan ke dalam Akaun 3 di mana ahli boleh pindahkan dana daripada Akaun 2 ke Akaun 3.

Baki Akaun 3 akan bermula dengan ‘Kosong’ jika ahli memilih untuk tidak sertai untuk jumlah permulaan.

Akaun 3 KWSP Boleh Dipindah Ke Akaun Lain

Difahamkan KWSP juga akan membenarkan pencarum yang ingin memaksimumkan kadar pulangan dengan memindahkan dana dalam akaun fleksibel tersebut ke dalam Akaun 1 dan 2. Walau bagaimanapun, disebabkan Akaun 3 adalah akaun fleksibel, ia dikatakan akan mendapat pulangan jauh lebih rendah berbanding dividen untuk Akaun 1 dan Akaun 2.

Setakat ini, KWSP masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pelaksanaan Akaun 3, serta mekanisme pengeluarannya juga masih belum diketahui. Untuk tahun kewangan 2023, KWSP mengumumkan 5.5% dividen kepada ahli dengan akaun konvensional dan 5.4% akaun patuh syariah. Secara keseluruhan, ia melibatkan pembayaran berjumlah RM57.8 bilion.

Artikel berkaitan : e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024

Syarat & Kelebihan Akaun 3 KWSP

Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun 3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Akaun 3 KWSP
TERKINI : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024 8

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini