Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Kongsikan Artikel Ini

Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, e-Wallet BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Bantuan e-Wallet BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 10

“Bantuan e-Wallet BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

Artikel berkaitan :

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-wallet ini.

Bantuan e-Wallet RM300 BINGKAS
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 11
Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 12
Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 13

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet Bingkas

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Bantuan e-wallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.
Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 14

Cara Mohon Bantuan e-Wallet Bingkas

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet Bingkas ini boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 15

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 16

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.


Kongsikan Artikel Ini