e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024

Kongsikan Artikel Ini

e-Pengeluaran KWSP Tahun 2024 – Selaras dengan berjalannya inisiatif-inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan, Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan KWSP pencarum melalui program-program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra, dan sebagainya.

Dalam kesemua program yang diperkenalkan itu, adakah anda menyedari tentang satu lagi kemudahan yang dibuat untuk pencarum lakukan pengeluaran yang dinamakan e-Pengeluaran?

e-Pengeluaran secara ringkasnya membenarkan pencarum melakukan pengeluaran sebahagian wang simpanan mereka untuk tujuan-tujuan tertentu yang telah dipersetujui oleh pihak KWSP.

e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 10

e-Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2

Bagi mereka yang berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada wang simpanan KWSP mereka, terdapat beberapa sebab yang membolehkan anda untuk melakukan e-Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2.

Dibawah kami kongsikan senarai-senarai yang membolehkan anda melakukan e-Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2.

Baca Juga :

e-Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Untuk Membina Rumah

Bagi pencarum yang bercita-cita untuk mendirikan sebuah rumah, pencarum boleh menggunakan Akaun 2 KWSP mereka untuk mendapatkan atau menambah modal dalam proses pembikinan tersebut.

Antara syarat utama bagi membolehkan pencarum melakukannya adalah :

  • mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima
  • berumur bawah 55 tahun
e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 11

e-Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Untuk Membeli Rumah

Untuk ahli yang ingin membeli rumah, pihak KWSP juga membenarkan pencarum untuk menggunakan Akaun 2 mereka untuk meringankan sedikit bebanan membiayai pembelian rumah.

Dibawah merupakan ciri-ciri rumah tersebut :

  • Banglo
  • Teres
  • Berkembar
  • Apartment
  • Kondominium
  • Apartment Studio
  • Apartment Servis
  • Townhouse
  • SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman.
e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 12
e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 13

Pengeluaran Untuk Melanjutkan Pendidikan

Pihak KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 14

Pembiayaan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal.

Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 15

Menunaikan Haji

Bagi para ahli yang beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

withdrawal submissionhajj 2 infographicbm min 853x1024 1
e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024 16

Maklumat Lanjut

Kepada setiap ahli KWSP, mereka layak mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.

Manakala tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.


Kongsikan Artikel Ini