STR Fasa 4 : Semakan Status Terkini Oktober 2023

Kongsikan Artikel Ini

STR Fasa 4 : Jumlah & Tarikh Bayaran Terkini

TERKINI: Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) akan mula dibayar sebelum akhir Tahun 2023.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan khabar gembira itu ketika pembentangan belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Untuk makluman anda, bayaran STR sebelum ini telah diawalkan dan memberi bayangan bahawa pengkreditan bayaran Fasa 4 akan turut diawalkan.

Berikut maklumat lengkap berkenaan STR Fasa 4.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Tahun 2023

Proses bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan seawal November 2023.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (Rasmi)

Minggu 11, 4 – 8 November 2023
Minggu 211 – 15 November 2023
Minggu 318 – 22 November 2023
Minggu 425 – 29 November 2023
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai November 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Baca Juga :

[DIKEMAS KINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum akhir tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

Kadar Bayaran STR Fasa 4

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari, April dan Jun 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran keseluruhan STR yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

STR Fasa 4 Tahun 2023
kredit: BlogRojak

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM


Kongsikan Artikel Ini