BAP RM350 : Permohonan Bantuan Am Persekutuan

Kongsikan Artikel Ini

BAP RM350 : Permohonan Bantuan Am Persekutuan

BAP RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Bagi Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Pengenalan Bantuan Am Persekutuan (BAP RM350)

Bantuan Am Persekutuan merupakan satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Kerajaan amat peka dengan keperluan rakyat yang memerlukan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola yang baik.

Permohonan BAP RM350

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Baca Juga:

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Permohonan

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat (di Wilayah Persekutuan) terdekat.

Bagi memudahkan urusan permohonan berjalan dengan lancar, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:

  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Maklumat Lanjut Bantuan Am Kerajaan RM350

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.


Kongsikan Artikel Ini