BISTARI : Mohon Bantuan Pendidikan RM100 Kini Dibuka

Kongsikan Artikel Ini

BISTARI : Mohon Bantuan Pendidikan RM100 Kini Dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah
(BISTARI) kini dibuka untuk bayi yang dilahirkan di Sabah. Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021.

Perlaksanaan bantuan yang memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan salah satu komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran.

Ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.

Tarikh Permohonan BISTARI

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun ini iaitu dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Kadar Bantuan BISTARI

Kadar bantuan akan diberikan dalam bentuk tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi
yang berdaftar di bawah bantuan ini sebanyak RM 100.

BISTARI
BISTARI : Mohon Bantuan Pendidikan RM100 Kini Dibuka 4

Syarat Kelayakan

Ibu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan
seperti berikut :

  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Cara Memohon

Terdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu :

i) Atas Talian (Online)

  1. Layari pautan permohonan
  2. berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMsi4AVa2jIW6gLhAvA9UrfJvMnXZy9FSljuWJENpCtC1fQw/viewform
  3. Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
  6. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

ii) Borang Permohonan

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1Nza87wvvG3ODDQA23a0xg7xPQDzOWU1Z/view
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.

Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Baca Juga :

Dokumen Yang Diperlukan

Ibu bapa juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :

  • Sijil lahir bayi
  • Kad pengenalan ibu bapa

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan BISTARI, sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri
Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419.


Kongsikan Artikel Ini