Semakan & Tarikh Pembayaran BPR Fasa 1

Kongsikan Artikel Ini

Jadual%2BPembayaran%2BiLestari%2BFebruari%2B2021%2B%25282%2529%2B%25281%2529
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik bagi mereka pemohon BPR 2021 fasa pertama. Tahukah anda pembayaran akan dipercepatkan daripada April yang dijadualkan kepada penghujung bulan Februari 2021 ini.



Bayaran ini akan dinikmati oleh pemohon sedia ada seperti BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuklah rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Pastinya berita ini akan mengembirakan pemohon-pemohon BPR 2021. Kami kongsikan kepada anda maklumat-maklumat terkini tentang bayaran pertama BPR 2021:

Kenyataan Rasmi LHDN Tentang BPR 2021

bpr%2Bfasa%2Bpertama

bpr%2Bfasa%2Bpertama%2B2

Tarikh Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Hujung Februari 2021 secara beperingkat-peringkat.

Kaedah Pembayaran Fasa Pertama

1. Dikreditkan Terus ke Akaun Bank

  • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuk rayuan.

2. Tunai di Kaunter BSN

  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 atau BPN 2.0 adalah secara tunai.

Jumlah Bayaran

Kategori Isi Rumah
  • RM300
Individu Bujang Berumur 21 tahun- 59 Tahun
  • RM150
OKU Berumur 18-59 tahun
  • RM150

Tarikh akhir permohonan dan kemaskini maklumat adalah pada 15 Februari 2021. Bagi permohonan mereka yang sudah diluluskan, anda boleh membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Soal Jawab Tentang BPR 2021

Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau tidak aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

– Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah secara tunai di BSN.

Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun Tidak Layak sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?

– Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?

– Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:

i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM

Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

– Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kongsikan Artikel Ini