Internet Unifi Anda Bermasalah? Kami kongsikan Cara Mudah Lajukan Internet Unifi!

Kongsikan Artikel Ini

internet%2Bunifi

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Anda stress dengan internet anda yang selalu je problem?  Nak buat kerja tapi selalu terganggu dengan unifi yang bermasalah?  Masalah internt menjadi perlahan bukan saja terdapat di telefon pintar, tetapi juga boleh juga dialami oleh sambungan wifi anda.



Sekiranya anda melihat router wifi anda, dan terdapat lampu merah yang menyala, itu menandakan sambungan internet anda sedang bermasalah.

Istilah mudahnya, Domain Name System (DNS) sedang bermasalah. Namun jangan risau dan panik, kami mempunyai cara mudah untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk melajukan internet unifi di rumah:

Cara Mudah Lajukan Internet Unifi

  • Buka browser Kemudian, taip 192.168.0.1 di bahagian address bar, dan tekan Enter.
  • Anda akan tiba di bahagian login page.
  • Login dengan menggunakan username dan password ini:
  • Username : operator
  • Password : h566UniFi
  • Kemudian, pergi ke bahagian Setup. Seterusnya, tekan pada butang WAN di bahagian menu sebelah kiri.
  • Di dalam bahagian Wan Configuration, tertera jadual. Pilih baris di mana Protocol ialah PPPoE, dan pada bahagian action, tekan butang Edit.
  • Scroll ke bawah sehingga anda dapat melihat perkataan DNS. Untuk Domain Name Server Assignment, pilih Manual.
  • Seterusnya, tetapkan digit untuk setiap bahagian ini:
  • Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8
  • Domain Name Server (Secondary) IP : 8.4.4
  • Scroll ke bawah sehingga jumpa butang Apply. Tekan butang ini.
  • Proses anda selesai. Proses ini hanya boleh diaplikasikan bagi router yang tahun 2014 dan ke atas sahaja.

Maklumat Lanjut


Sekiranya tidak berjaya, anda bolehlah menghubungi TM di talian 100. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan unifi anda boleh kunjungi unifi.com.my.


Kongsikan Artikel Ini