eKredit : Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT

Kongsikan Artikel Ini

Baru-baru ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif untuk pelajar-pelajar IPT dengan memberi bantuan tiket kapal terbang secara subsidi bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah serta Sarawak.

Maknanya, pelajar samada mereka berasal dari Semenanjung yang melanjutkan pelajaran ke Sabah atau Sarawak atau dengan kata lain melanjutkan pelajaran luar dari negeri kelahiran mereka (dalam Malaysia sahaja) akan menerima manfaat ini.

Seperti yang yang diumumkan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke Siew Fook, pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023 .

Jumlah Bantuan Tiket Kapal Terbang

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberi subsidi sebanyak RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPT untuk laluan domestik Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia.

Dengan pemberian subsidi ini, seramai 56,000 pelajar IPTA dijangka akan mendapat manfaat dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM16.8 juta.

Pemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Baca Juga selain bantuan tiket kapal terbang:

eKredit infografik
eKredit : Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 4

Objektif Pemberian Subsidi

Umum mengetahui bahawa harga tiket dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak atau dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung kadangkala sangatlah tinggi dan diluar dari kemampuan rakyat untuk memilikinya.

Oleh yang demikian, dengan pemberian subsidi RM300 secara “one-off” ini dijangkakan akan meringankan sedikit sebanyak beban pelajar dan keluarga mereka.

Ada pelajar yang terpaksa mencari pendapatan dengan bekerja separuh masa yang semestinya hanyalah untuk menampung kos perjalanan mereka kerana wang PTPTN hanya dapat mencukupi untuk menanggung kos pengajian mereka.

Cara Mohon Bantuan Tiket Kapal Terbang

Menurut Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, inisiatif bantuan tiket kapal terbang itu akan dikreditkan ke akaun pelajar bagi membolehkan mereka membeli tiket kapal terbang.

Beliau juga berkata, satu sistem telah dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA mendapatkan subsidi tersebut. Jelas beliau lagi, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 50,000 pelajar IPTA.

Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Walau bagaimanapun, diharapkan kerajaan dapat memperincikan pelaksanaan subsidi ini bagi mengelakkan pelajar yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan namun tercicir disebabkan kekeliruan mereka.

Sumber : Utusan


Kongsikan Artikel Ini