Permohonan Bantuan Aidilfitri Pahang RM1,200 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Pahang

telegram%2Bimage


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,200


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif berkenaan bakal dinikmati 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan membabitkan peruntukan RM9.6 juta.

“Bantuan Khas Kewangan tersebut akan mula dibayar pada 20 April ini iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.



“Pemberian bantuan kali ini meningkat sebanyak RM200 berbanding RM1,000 yang disumbangkan pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, bantuan terbabit dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh selain menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini.

“Saya berharap bantuan khas ini dapat meringankan beban penjawat awam Negeri Pahang dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti. Namun, berbelanjalah secara berhemah dan berjimat-cermat.



“Saya juga mengharapkan pemberian insentif ini dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam di negeri ini untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri,” katanya lagi.


Kongsikan Artikel Ini