Permohonan Bantuan Aidilfitri Kelantan RM1,000 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Kelantan

telegram%2Bimage


KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan awam negeri bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,000


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata sebanyak RM500 pula diberikan kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim, pegawai serta guru halaqat, ahli majlis, penyelaras ICT Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras armalah.

Selain itu, beliau berkata, bantuan khas RM250 diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru pusat pembangunan wanita Kelantan.

“Kerajaan negeri turut bersetuju meluluskan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada guru pondok di Kelantan.

“Bantuan khas kewangan itu akan disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad turut memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei depan sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Kelantan.


Kongsikan Artikel Ini