Permohonan Bantuan Aidilfitri Kedah RM1,000 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Kedah

telegram%2Bimage


ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,000



Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas berkenaan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri itu.

“Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang.


“Kelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM307,500 sebagai bayaran bantuan khas kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

“Mesyuarat EXCO juga meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK seluruh negeri membabitkan seramai 2,050 penerima dengan peruntukan RM307,500.


“Bayaran kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, semua pembayaran akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.


Kongsikan Artikel Ini