Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu

Kongsikan Artikel Ini

Akaun 3 KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada orang awam.

Bagi membantu anda memahami perubahan ini dengan lebih berkesan, kami telah menyediakan panduan ringkas.

KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:

  1. Akaun Persaraan : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
  2. Akaun Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
  3. Akaun Fleksibel: Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Artikel berkaitan : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Menjawab Persoalan Anda

1. Adakah terdapat perbezaan kadar dividen di antara tiga akaun tersebut?

  • Tidak. Kadar dividen adalah sama untuk semua akaun. Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen.

2. Bagaimanakan carumanb baharu akan dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan?

  • Mulai 11 Mei 2024, caruman baharu akan diagihkan mengikut peratusan seperti berikut:
Akaun 3 KWSP
Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu 6

Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Akaun 3 KWSP
Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu 7

Contoh agihan caruman ke akaun KWSP ahli adalah seperti ilustrasi di bawah:

Akaun 3 KWSP
Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu 8

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) sebagai amaun permulaan. Bagaimanapun, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun 3 Fleksibel pula adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

Rujuk Kenyataan Media KWSP untuk ketahui lanjut tentang kaedah pindahan ini.

Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

3. Adakah ahli boleh memilih untuk tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel?

  • Ya, boleh. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).
  • Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

4. Bagaimana ahli boleh keluarkan simpanan dari Akaun 3?

  • Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.
  • Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu ada akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

5. Bolehkah ahli yang berusia 55 tahun ke atas mempunyai Akaun 3?

  • Tidak, penstruktuarn semula ini hanya melibatkan akaun KWSP ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (termasuk ahli bukan warganegara) pada 11 Mei 2024.
  • Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharau yang diterima selepas umr 55 tahun akan dikredtikan ke Akaun Emas.

Kami berharap maklumat ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penstrukturan semula akaun KWSP yang akan berlaku tidak lama lagi.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web KWSP di bawah;

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini