KFC Terpaksa Menutup 100 Cawangannya Di Seluruh Malaysia Ekoran Tindakan Boikot

Kongsikan Artikel Ini

QSR Brands (M) Holdings Bhd menutup sementara waktu lebih 100 cawangan KFC di seluruh Malaysia ekoran gerakan boikot yang berlangsung kira-kira setengah tahun, lapor Nanyang Siang Pau.

Menjelang petang 27 April, sudah ada 108 daripada 600 cawangan telah menghentikan operasi buat sementara waktu, lapor portal tersebut.

Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu.

KFC Tutup
KFC Terpaksa Menutup 100 Cawangannya Di Seluruh Malaysia Ekoran Tindakan Boikot 5
KFC Tutup
KFC Terpaksa Menutup 100 Cawangannya Di Seluruh Malaysia Ekoran Tindakan Boikot 6

Baca Juga :

KFC Menutup Lebih 100 Cawangan Seluruh Malaysia

Dalam satu kenyataan pada Isnin, QSR Brands dan KFC Malaysia, yang bertindak balas terhadap situasi ekonomi mencabar, telah mengambil langkah proaktif untuk menutup sementara sejumlah cawangan sebagai cara menguruskan kos operasi yang meningkat di zon perdagangan tinggi.

“Para pekerja di cawangan yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi, sebagai sebahagian daripada strategi taktikal bagi mengoptimumkan sumber di zon perdagangan yang mempunyai penglibatan tinggi pelanggan.

“Menyumbang secara positif buat masyarakat Malaysia, memelihara rasa cinta jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja jenama ini adalah menjadi keutamaan kepada organisasi,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, QSR Brands tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup dan bilangan pekerja yang terjejas.

Maklumat dan data menunjukkan terdapat cawangan di 13 negeri di seluruh negara dan Kuala Lumpur yang telah digantung daripada perniagaan.

15 cawangan di Johor (tutup sementara waktu), Kedah (11), Terengganu (10), Pahang (10), Perak (9), Negeri Sembilan (6), Perlis (2), Melaka (2), Pulau Pinang (5), Kuala Lumpur (3), Sabah (1) dan Sarawak (2).

“Jelas sekali boikot itu telah menjejaskan operasi KFC di seluruh negara,” ujar portal berkenaan.

Sementara itu, QSR Brands, pengendali KFC di Malaysia, masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara waktu sebahagian cawangan mereka.

Sumber :


Kongsikan Artikel Ini