Cara Tukar MyKad Hilang Dan Rosak Secara Online 2021 ~ Cepat Dan Mudah!

Kongsikan Artikel Ini

mykad%2Bonline%2B%25281%2529

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Sekiranya MyKad anda rosak dan hilang, kebiasannya anda akan membuat janji temu di Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad yang baharu. Namun begitu, jangan risau dan jangan pening. Kami ada cara tercepat dan pantas untuk anda membuat MyKad Baru.


Tahukah anda, bahawa anda boleh untuk membuat MyKad baru secara online melalui Sistem Gantian MyKad Online. Ini adalah perkongsian salah seorang pengguna facebook  tentang cara tukar MyKad Secara online.





Kami kongsikan satu persatu cara mudah ini untuk anda mudah lakukan.

jpn%2Bmalaysia


Jenis Permohonan Penggantian MyKad

  • Gantian Kad Rosak
  • Gantian Cip Rosak
  • Gantian Naiktaraf Cip Dari 32K/64K ke 80K
  • Gantian Kehilangan (Kali Pertama)

Cara Mudah Tukar MyKad Secara Online

1. Layari Portal My Government (Gantian MyKad 2.0)

Google dan taip PERMOHONAN GANTIAN MY KAD 2.0 atau anda boleh terus ke laman web di link berikut https://malaysia.gov.my/

2. Buat Permohonan Gantian IC Hilang/Rosak

  • Mula-mula daftar akaun
  • Kemudian login dan buat permohonan
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran online.
  • Kemudian print resit rasmi.

3.Semak Status

Tunggu sehari atau lebih daripada itu. Kemudia follow up status permohonan dengan khidmat mySMS.

Taip- JPN MyKAD dan hantar ke 15888

Tunggu balasan untuk mengetahui status permohonan anda sama ada sedia diambil, diterima atau ditolak.

4. Ambil Kad Pengenalan Di Kaunter JPN

Kalau anda sudah menerima SMS ‘Sedia diambil’, bawa ke JPN bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.

Kemudian berikan resit sama abang rela atau sekuriti dan tunggu nama anda dipanggil untuk thumb print.

Kemudian urusan anda selesai di JPN.

Maklumat Penting

Apabila anda tukar kad pengenalan secara online, gambar yang digunakan masih sama dengan yang lama.

Ini perkongsian daripada pengguna facebook tentang JPN Daerah Sandakan, sekiranya anda dari negeri dan daerah lain, anda bolehlah untuk call pegawai JPN di daerah anda untuk sebarang pertanyaaan.

Paling penting, status permohonan tulis sedia diambil, print dan bawa resit anda terus ke kaunter JPN masing-masing.

Tambahan

Untuk sebarang maklumat lanjut anda bolehlah hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut:

03-8000 8000

Untuk mengetahui pejabat JPN yang beroperasi anda bolehlah semak melalui portal https://www.jpn.gov.my/.

Untuk janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.


Kongsikan Artikel Ini