10 Cara Belanja Duit i-Sinar KWSP Dengan Bijak! ~ Nombor 1 Paling Penting

Kongsikan Artikel Ini

10%2Bcara%2Bbelanja%2Bi sinar%2Bkwsp
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Ramai pencarum KWSP yang mungkin tidak tahu bagaimanakah untuk memanfaatkan wang yang diberikan melalui skim i-Sinar KWSP. Ada yang melakukan pembaziran dengan menggunakan wang tersebut untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat.



Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd AFzanizam Abdul Rashid, perbelanjaan wang itu diumpamakan seperti membawa air dalam baldi kerana jika tidak dibawa dengan betul, air kan tumpah.



Justeru itu, pencarum perlu untuk menentukan apa tujuan pengeluaran i-Sinar dibuat dan berbelanja mengikut keutamaan.

Kami kongsikan 10 langkah untuk berbelanja secara bermanfaat menggunakan duit i-Sinar KWSP.

10 Langkah Berbelanja Menggunakan Wang i-Sinar KWSP

1. Bayar Hutang


Perkara paling penting untuk anda lakukan yang pertama adalah melangsaikan hutang terutamanya hutang kad kredit. Tahukah anda, peratus pembiayaan atau kadar faedah hutang kad kredit yang tinggi iaitu sebanyak 18 peratus akan menyebabkan pencarum terpaksa bayar faedah semakin tinggi seandainya hutang lambat dibayar


2. Berniaga


Para pencarum boleh untuk menggunakan wang i-Sinar untuk berniaga dan mestilah disesuaikan dengan saiz perniagaan anda yang bersesuaian dengan modal. Contohnya para pencarum boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan.

Justeru sekiranya anda mendapat i-Sinar sebanyak RM10,000, jangan habiskan kesemuanya untuk modal, tapi gunakan sebanyak RM5,000 dan selebihnya simpan untuk kegunaan lain.


3. Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Tahukah anda, ASB memiliki cii pelaburan yang unik iaitu berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi iaitu membolehkan pencarum mengeluarkan semula wang ketika diperlukan.


4. Beli Barang Keperluan Pendidikan


Gunakan wang untuk membeli alat-alat pendidikan seperti peranti pintar yang kini digunakan dengan selari pendidikan norma baharu. 

Amat penting sebenarnya bagi anak-anak untuk menggunakan peranti pintar dan internet bagi bersemuka dengan guru mereka dan menjalani kelas secara atas talian. 


5. Sediakan Tabung Kecemasan


Anda kena faham, semenjak pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac lalu menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk setiap keluarga memiliki tabung kecemasan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


6. Ambil Kursus Persediaan


Wang i-Sinar boleh dibelanjakan untuk mengambil kursus untuk menceburi bidang yang disukai. hak ini demikian kerana, kemahiran yang diperolehi mampu untuk bantu pencarum untuk memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan.


7. Beli Emas


Anda juga boleh untuk melabur dengan pembelian emas sekiranya mahu membuat pelaburan untuk jangka masa panjang.


8. Tampung Kos Sara Hidup


Gunakan duit i-Sinar KWSP untuk menampung kos sara hidup untuk satu jangka masa yang ditetapkan.


9. Beli Barang Keperluan Kerja


Memandangkan ramai pekerja yang terpaksa untuk bekerja dari rumah, jadi amatlah sesuai untuk digunakan duit i-Sinar ini untuk membeli barang keperluan kerja seperti komputer riba.


10. Beli Barang Peribadi


Akhir sekali, adalah dengan membeli barang peribadi yang bermanfaat sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Pastiakan ia boleh dgunakan dalam kadar atau amaun yang munasabah dan tidak membazir.

Semoga 10 langkah berbelanja duit i-Sinar KWSP ini akan memberi manfaat kepada anda. 

Sumber: sinarharian.com.my

Kongsikan Artikel Ini