Cara Mudah Mohon Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Beli Rumah PR1MA 2021

Kongsikan Artikel Ini

prima%2Bhouse
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) merupakan rancangan perumahan yang mensasarkan isi rumah berpendapatan  sederhana atau golongan M40. Untuk makluman semua, lokasi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.


Sebenarnya para pencarum boleh untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari bagi mendapatkan rumah PR1MA pertama yang mereka idam-idamkan. Permohonan untuk membeli rumah PR1MA melalui simpanan KWSP boleh dilakukan sebelum  mencapai umur sasaran. 





Kami kongsikan kepada anda cara melakukan permohonan pengeluaran KWSP untuk membeli rumah PR1MA.

Syarat Kelayakan

Hanya para pencarum dan ahli KWSP yang memenuhi syarat sahaja yang layak untuk melakukan permohonan pengeluaran simpanan KWSP untuk membeli rumah PR1MA.

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur di bawah 55 Tahun
  • Pembeli rumah PR1MA
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan Atau pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/ melepaskan hak milik harta. 

Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah PR1MA

Sebelum melakukan sebarang pengeluaran, sila pastikan bahawa anda telah membaca dan mengetahui segala info pengeluaran KWSP berikut:
  • Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
  • Jika baki di dalam Akaun 2 kurang daripada jumlah bayaran bulanan yang diminta, pihak KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
  • Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang.
  • Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • Pihak KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
  • Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
  • Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55 tahun membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.

Jumlah Pengeluaran Simpanan KWSP 

Untuk pengetahuan anda, jumlah pengeluaran simpanan KWSP untuk pembayaran rumah PR1MA adalah:
  • Ditentukan oleh ahli KWSP
  • Tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan
  • Sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 (minimum RM50)


Cara Memohon


Langkah 1
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar akaun di https://register.pr1ma.my/Account/Register dan memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri.


Langkah 2
Setelah selesai melakukan permohonan, sila tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institut kewangan.


Langkah 3
Hantar permohonan yang diluluskan untuk:
  • Hadangan Simpanan
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA
  • Penstrukturan semula
  • Pembatalan Hadangan
Langkah 4

Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP untuk pengeluaran

Langkah 5
Pihak KWSP akan memberitahu anda apabila pengeluaran telah diluluskan (melalui SMS / Mesej keselamatan i-akaun)

Maklumat Tambahan

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pengeluaran simpanan KWSP bagi tujuan mendapatkan rumah PR1MA anda boleh klik DI SINI


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua

Kongsikan Artikel Ini