BPR: Cara Tukar Kata Laluan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Kongsikan Artikel Ini

cara%2Btukar%2Bkata%2Blaluan%2Bbpr

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh untuk set semula atau menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat LHDNM.


Tindakan ini pastinya akan memberi kemudahan kepada para pemohon yang terlupa kata laluan mereka untuk menukarnya dengan kata laluan baru.





Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk menukar kata laluan MyBPR ini.

Cara Mudah Tukar Kata Laluan MyBPR

Cara untuk set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Layari https://bpr.hasil.gov.my dan klik Log Masuk
  • Klik pada Terlupa Kata Laluan
  • Masukkan Nombor MyKad dan Klik Semak. Pemohon perlu masukkan alamat  e-mel yang telah didaftarkan:
  • Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan.
  • Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui e-mel yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.
  • Bagi membantu pemohon melakukan proses ini, Panduan Pengguna Set Semula kata laluan boleh diakses di capaian pantas berikut Panduan Pengguna Set Semula KataLaluan BPR 2021

Bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan BPR yang berhampiran.

Pastikan ketika hadir ke kaunter Perkhidmatan BPR di Pejabat LHDNM anda sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kenyataan Rasmi LHDNM Tentang Tukar Kata Laluan MyBPR

lhdn%2Bbpr%2B1

lhdn%2Bbpr%2B3

lhdn%2Bbpr%2B2

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut:


Kongsikan Artikel Ini