THiJARI: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2023

Kongsikan Artikel Ini

LOGIN & CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE

Adakah anda berniat untuk buka akaun Tabung Haji untuk diri sendiri atau anak?

Kini, pembukaan akaun boleh dilakukan secara online sahaja melalui THiJARI.

Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk semak akaun, cetak penyata akaun, pindahan wang, urusan ibadah HAJI dan urusan Kelab TaHa.

Selain itu, pendeposit akan menerima pelbagai manfaat seperti agihan keuntungan tahunan, hadiah menarik serta simpanan yang dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah.

Berikut dikongsikan panduan login dan cara buka akaun tabung haji secara online.

Manfaat Buka Akaun Tabung Haji (TH)

  • Mematuhi syariah
  • Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
  • Dijamin oleh Kerajaan
  • Dikecualikan daripada cukai
  • Ditunaikan kewajipan zakat
  • Tiada had simpanan
kelebihan buka akaun tabung haji online
THiJARI: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2023 7

Untungnya! sekarang pun boleh buka akaun Tabung Haji.

Segala urusan dijalankan secara atas talian (online) sahaja!

Berikut adalah panduan dan cara buka akaun Tabung Haji

Syarat Kelayakan

  • Beragama Islam dan waras.
  • Warganegara Malaysia.

Dua kategori akaun:

  • Akaun Dewasa
  • Akaun Kanak-kanak

1) Akaun Dewasa

  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.

2) Akaun Kanak-kanak

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut :
    • Sijil Kelahiran
    • Dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID)
    • Dokumen pengenalan diri penjaga

NOTA :

  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.

Baca Juga:

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (THiJARI)

Untuk buka akaun baharu, anda kini boleh melakukannya dengan mudah tanpa perlu ke kaunter atau cawangan Tabung Haji terdekat.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk proses pendaftaran:

tips buka akaun tabung haji secara maya
THiJARI: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2023 8
  1. Layari portal www.thijari.com.my
  2. Daftarkan maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon berdaftar (*Jika nombor telefon yang berdaftar bukan nombor telefon terkini, sila rujuk di bawah untuk proses kemaskini terlebih dahulu)
  3. Semak dan sahkan maklumat yang telah diisikan.
  4. Masukkan nombor TAC untuk meneruskan proses pendaftaran.
  5. Isikan pula ID pengguna, kata laluan, nama pengguna dan negeri terkini.
  6. Tekan ‘Tick’ pada terma dan syarat.
  7. Siap! Anda telah berjaya mendaftar di Portal THiJARI dan boleh mengakses akaun anda sekarang.
cara buka akaun tabung haji online
THiJARI: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2023 9

Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Cawangan Bergerak TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.

Cara Semak Penyata Akaun Tabung Haji

Setelah berjaya mendaftar, anda bolehlah mengakses akaun Tabung Haji dan membuat semakan akaun sendiri, akaun anak bawah jagaan, membuat transaksi / pindahan wang, mendaftar Haji dan sebagainya.

Untuk membuat semakan penyata Tabung Haji online, anda boleh melakukannya dengan langkah ini:

  1. Layari laman web THiJARI
  2. Pergi ke ‘Ringkasan Akaun’
  3. Lihat ‘Butiran Akaun’
  4. Akaun TH anak bawah jagaan juga akan dipaparkan secara automatik setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.

Anda juga boleh membuat urusan transaksi dengan had amaun berikut:

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari
pembukaan akaun tabung haji secara maya 1
THiJARI: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2023 10

Untuk maklumat lanjut :
📞 : +603-62071919(THCC)
📱 : Muat turun aplikasi THiJARI
📧 : [email protected]
🌐 : https://www.tabunghaji.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini