Bantuan Kanak Kanak 2023: Mohon RM1,000 Maksimum

Kongsikan Artikel Ini

Melalui manfaat Belanjawan 2023 baru baru ini, permohonan Bantuan Kanak Kanak (BKK) tahun 2023 kini dibuka.

BKK bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan yang ditetapkan.

Terdapat beberapa kriteria/ syarat kelayakan untuk mengemukakan permohonan BKK ini. Berikut dikongsikan cara permohonan, kadar bayaran dan syarat kelayakan Bantuan Kanak Kanak (BKK) 2023.

Kadar Bayaran Bantuan Kanak Kanak 2023

Kadar bayaran BKK ialah bermula RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sehingga RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan yang berikut:




Kadar Bayaran Kantuan Kanak-Kanak (BKK)
(RM)
Umur
2006 tahun ke bawah
1507 tahun hingga 18 tahun
*Kadar bantuan maksimum RM1000/sebulan sekeluarga
  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Permohonan BKK



  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
    tamat menengah atas;

Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Permohonan Bantuan Kanak Kanak 2023




  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  2. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  3. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  4. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • salinan penyata gaji (jika ada)
    • dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  5. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

kadar bayaran bantuan kanak kanak tahun 2023

Bantuan Kanak Kanak ini bertujuan untuk membantu meringankakn beban keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak.

Selain itu, membantu meringankan beban anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.



Bahkan, membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.




Kongsikan Artikel Ini