Terkini: e-Tunai Belia Rahmah Dibayar Pertengahan Jun

Kongsikan Artikel Ini

e-Tunai Belia Rahmah Dibayar Pertengahan Jun. Umum sedia maklum bahawa pengkreditan bayaran RM200 dibayar pada Jun 2023.

Info terkini yang baru sahaja diterima (11 Jun 2023), Perdana Menteri mengumumkan bayaran e-Wallet RM200 akan diusahakan untuk dilaksanakan pada pertengahan bulan Jun 2023.

Dalam sebuah program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia hari ini, Perdana Menteri menjelaskan bahawa pihak Perbendaharaan akan mengkreditkan pada akhir Jun 2023. Namun, Perdana Menteri menggesa agar bayaran dipercepatkan seawal pertengahan Jun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan e-Tunai Belia Rahmah:

Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah Diawalkan

Terkini, bayaran e-Tunai Belia Rahmah akan dibayar awal pada pertengahan Jun 2023 mengikut hari bekerja.

Hal ini diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kini meminta Perbendaharaan menyalurkan bayaran pada kadar segera.

Saiz penerima kali ini juga adalah lebih besar dan diperluas berbanding sebelum ini yang hanya terhad kepada remaja 18-20 tahun. Merujuk kenyataan YAB Perdana Menteri, pengkreditan bayaran akan mula dilaksanakan Jun ini.

Kredit e-dompet boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuk kedai dalam talian dan kedai fizikal.

Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM200
Terkini: e-Tunai Belia Rahmah Dibayar Pertengahan Jun 4

Baca Juga:

Kadar Bayaran e-Tunai Belia Rahmah

Jumlah bayaran bagi bantuan e-dompet ini ialah RM200.

Berikut adalah beberapa maklumat tambahan mengenai inisiatif e-dompet RM200:

  • Kredit e-Tunai tidak dikenakan cukai.
  • Kredit e-Tunai tidak boleh dikeluarkan daripada e-dompet.
  • Kredit e-Tunai hanya boleh digunakan pada peniaga yang mengambil bahagian.
  • Kredit e-Tunai akan tamat tempoh selepas 6 bulan dari tarikh tuntutan.

Kebiasaannya, kredit e-dompet akan sah selama 6 bulan dari tarikh tuntutan. Anda boleh menggunakan kredit untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini.

Untuk mencari kedai yang mengambil bahagian, anda boleh menggunakan fungsi carian dalam aplikasi e-dompet.

Inisiatif e-Tunai ini adalah cara terbaik untuk rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan remaja dan mahasiswa untuk menjimatkan wang dalam pembelian mereka.

Cara Tebus e-Tunai Belia Rahmah

Untuk menuntut kredit e-Tunai Belia Rahmah, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • BigPay
  • ShopeePay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

Soalan Lazim

Bilakah e-Tunai Belia Rahmah dikreditkan?

Pertengahan bulan Jun 2023

Berapakah kadar bayaran e-Tunai Belia Rahmah?

RM200

Siapakah yang layak menerima e-Tunai Belia Rahmah?

Golongan pelajar, belia dan mahasiswa

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan tunai berbentuk kredit e-dompet

Kelebihan Menggunakan e-Wallet

  • Kemudahan Penggunaan:
    • E-wallet membolehkan pengguna menjalankan transaksi dengan pantas dan mudah.
    • Pengguna hanya perlu membuka aplikasi e-wallet mereka kemudian membuat bayaran dengan menggunakan hujung hari, tanpa perlu mengeluarkan wang tunai guna kad kredit.
  • Keselamatan:
    • E-wallet menyediakan tahap keselamatan yang tinggi. Maklumat kewangan pengguna seperti nombor kad kredit tidak akan dikongsi ketika membuat pembayaran.
    • Bahkan, e-wallet menggunakan teknologi ‘encrypted’ yang kuat untuk melindungi data kewangan pengguna.
  • Fleksibiliti:
    • E-wallet membolehkan pengguna menyimpan lebih dari satu kad pembayaran dan akaun bank dalam satu aplikasi.
    • Ini memberikan kemudahan dalam membuat transaksi dengan menggunakan sumber dana yang berbeza mengikut keperluan pengguna.
  • Ganjaran dan Diskaun:
    • Banyak penyedia e-wallet menawarkan program ganjaran serta diskaun kepada pengguna mereka.
    • Dengan menggunakan e-wallet, pengguna boleh menikmati cashback, potongan harga, atau mata ganjaran setiap kali mereka melakukan transaksi. Ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
  • Mudah untuk Menjejak Perbelanjaan:
    • E-wallet sering dilengkapi dengan ciri track/ menjejak perbelanjaan.
    • Pengguna boleh melihat sejarah transaksi mereka dengan mudah, memberikan gambaran yang jelas akan bagaimana wang mereka digunakan.
    • Hal ini membantu pengguna dalam menguruskan bajet mereka dengan lebih berkesan.

Maklumat Lanjut

Sebarang informasi terkini akan dihebahkan melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan https://www.mof.gov.my/portal/ms/. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang inisiatif e-Tunai Belia Rahmah, anda boleh menghubungi pembekal e-dompet yang berkenaan.


Kongsikan Artikel Ini