Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, pengkreditan bayaran STR RM1,200 bagi golongan isi rumah kini mula dilaksanakan.
Bayaran akhir STR bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.
Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan khas sehingga RM1,200.
Lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bayaran STR Tahun 2023
Ketika pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut adalah jadual penuh kategori dan jumlah bayaran STR :
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 ke bawah | 0 | RM200 |
1-2 | RM600 | ||
3-4 | RM900 | ||
5 dan lebih | RM1200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 – RM5000 | 0 | RM0 |
1-2 | RM0 | ||
3-4 | RM300 | ||
5 dan lebih | RM500 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) | RM5000 ke bawah | 0 | RM200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang (21-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM0 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM0 |
Sementara itu, bagi yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 dan 2, anda akan menerima bayaran STR Fasa 4 dengan jumlah berikut:
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Oleh kerana permohonan STR 2024 telah dibuka, anda perlu menekan butang STR 2023 untuk melihat status pembayaran terkini Fasa 4.
Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.
Anda juga boleh membuat semakan status bayaran melalui perbankan online yang telah anda daftarkan.
Terkini difahamkan BSN telah menerima bayaran STR setelah dimaklumkan oleh pengguna media sosial.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2023.
Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam hantaran sosial media terkini bertarikh 1 November 2023.
Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.
Bagi penerima tunai di BSN, sila rujuk notis berikut:
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Kadar Tambahan Bayaran STR 2023
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas MyKasih bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima?
STR Fasa 4 akan diterima mulai 7 November 2023.
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori Bujang?
RM350
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori warga emas?
RM600
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.