Bantuan Tambahan RM100 Dari Julai Hingga Disember Ini

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan tambahan RM100 akan diagihkan kepada penerima yang layak selama enam bulan bermula dari Julai hingga Disember ini. Untuk peringatan bersama, pengagihan bantuan tambahan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah akan dilakukan pada bulan hadapan.

BANTUAN TAMBAHAN RM100 / (SARA) SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Untuk pengetahuan pembaca, pada sidang Belanjawan 2023 yang lalu, Kerajaan Malaysia telahpun bersetuju untuk meluluskan bantuan untuk rakyat sehingga RM2,500 dibawah payung Sumbangan Tunai Rahmah.

Tambahan itu, kerajaan juga bersetuju menambah bantuan untuk golongan yang layak menerusi inisiatif SARA sebanyak RM100 untuk setiap bulan bermula dari Julai hingga Disember 2023. Bantuan ini berfokuskan kepada mereka yang berada dalam kelompok isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang dari PGK.

Baca Juga :

JADUAL BAYARAN BANTUAN

Untuk makluman pembaca, bantuan RM100 setiap bulan ini (Sumbangan Asas Rahmah) akan diagihkan mengikut jadual dibawah:

  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100

Pemberian bantuan tambahan STR ini akan diagihkan kepada mereka yang berada dalam pangkalan data eKasih. Pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima akan dilakukan secara automatik sehingga Disember 2023.

Bantuan ini akan diberikan setiap bulan dalam bentuk bakul dan baucar makanan asas. Insentif tersebut boleh dibelanjakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah merupakan kriteria ringkas tentang penerima bantuan SARA ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah
  • Kategori isi rumah
  • Pendapatan tidak melebihi purata garis kemiskinan (Miskin tegar) RM1,169

Semakan boleh dilakukan secara online, sekiranya berkelayakan maklumat anda akan dipaparkan pada skrin dan jika tiada bermaksud anda tidak layak menerima insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang bulan Julai, permohonan rayuan STR dibuka kepada mereka yang berstatus ‘Tidak Lulus’ dan rayuan boleh dibuat sebelum 31 Julai 2023. Terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin.

Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.


Kongsikan Artikel Ini