Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan

Kongsikan Artikel Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhasrat untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pencarum melakukan pengeluaran simpanan pada bila-bila masa.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, Akaun 3 yang dibincangkan ini akan bertugas seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka tanpa had.

Berikut merupakan penerangan lanjut tentang cadangan pengeluaran wang melalui Akaun 3 KWSP.

Pengenalan Akaun 3 KWSP

Akaun 3 yang diusulkan ini merupakan akaun simpanan yang berfungsi seperti akaun simpanan yang lain dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai yang merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, menekankan bahawa perkara itu perlu mengambil kira tahap disiplin pencarum agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dimuktamadkan.

Objektif Akaun 3 KWSP

KWSP mencadangkan pengenalan Akaun 3 ini adalah kerana untuk memenuhi potensi keperluan wang kecemasan pencarum kerana fungsinya sama seperti akaun simpanan yang lain.

Mengikut hasil dapatan, 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Akaun 3 ini juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang berada didalam sektor tidak formal untuk membuat caruman didalam KWSP.

Akaun 3 KWSP infografik
Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan 4

Syarat & Kelebihan Akaun 3 KWSP

Untuk makluman, rakyat Malaysia seawal usia 14 tahun telah boleh membuka akaun KWSP.

Baca Juga :

Antara kelebihan utama yang difokuskan dalam penubuhan Akaun 3 adalah :

  1. Berfungsi sebagai tabung kecemasan untuk para pencarum didalam keadaan kecemasan.
  2. Menarik minat mereka yang berada didalam sektor tidak formal atau yang berkerja sendiri untuk mencarum didalam KWSP.
  3. Mempunyai nilai tambah dividen tersendiri setiap tahun.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

Tarikh Pelaksanaan Akaun 3

Untuk makluman, cadangan ini masih diteliti dan diperhalusi di peringkat pengurusan tertinggi pihak KWSP. Sebarang informasi terkini akan dihebahkan kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:


Kongsikan Artikel Ini