Bantuan Prihatin Covid-19 Sabah ~ RM160 Juta Diumumkan Kerajaan Negeri

Kongsikan Artikel Ini

bantuan%2Bprihatin%2Bsabah%2Bbah


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meluluskan RM160 juta Bantuan Prihatin Covid-19 untuk membantu semua lapisan masyarakat yang terjejas akibat pandemik itu, kata ketua menteri Hajiji Noor.

Ia adalah tambahan kepada pakej bantuan berjumlah RM50 juta diluluskan kerajaan negeri awal bulan ini.

BANTUAN PRIHATIN COVID-19 SABAH RM160 JUTA



Dana itu akan disalurkan kepada pelbagai kementerian dalam bentuk bantuan kewangan dan ia akan memanfaatkan mereka yang bekerja dalam sektor: 


  • pertanian, 
  • pelancongan (pemandu pelancong, porter, penyelam) dan 
  • pengangkutan (teksi, bas, lori) selain 
  • penjaja, 
  • anak yatim dan 
  • ibu tunggal.

Hajiji yang juga Adun Sulaman berkata, RM1 juta daripada dana itu akan disalurkan kepada univerisiti untuk membantu mahasiswa yang terkesan dengan wabak berkenaan.

MAJLIS EKONOMI SABAH

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Sabah bagi membincangkan langkah pemulihan ekonomi negeri.

Beliau berkata, ahli majlis itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia terdiri daripada pemimpin industri, peniaga, NGO dan ahli akademik.


Kongsikan Artikel Ini

2 thoughts on “Bantuan Prihatin Covid-19 Sabah ~ RM160 Juta Diumumkan Kerajaan Negeri”

  1. Saya sangat2 setuju…sebab BPN1&2 serta BSH tidak layak.ilestari lah satu2 harapan yg sya layak dan dapat mengurangkan beban sedikit.Gara2 sykt yg mengunakan nama dan no kp tanpa pengetahuan dan persetujuaan dari saya,ntah camana SSM boleh meluluskan permohonan pembukaan sykt tersebut..sama ada pihak SSM tertipu atau pun sebaliknya..SSM(suruhanjaya syarikat malaysia) SSM suka sangat menyusahkan org yg sudah sedia susah di tambah lg susah,patutkah mangsa yg harus membayar rm50 tuk pembatalan nama yg di tipu atau di curi tuk membuka sykt.sorry admin keluar tajuk..

Comments are closed.