Sabah
Bantuan Prihatin Covid-19 Sabah ~ RM160 Juta Diumumkan Kerajaan Negeri

Ia adalah tambahan kepada pakej bantuan berjumlah RM50 juta diluluskan kerajaan negeri awal bulan ini.
BANTUAN PRIHATIN COVID-19 SABAH RM160 JUTA
Dana itu akan disalurkan kepada pelbagai kementerian dalam bentuk bantuan kewangan dan ia akan memanfaatkan mereka yang bekerja dalam sektor:
- pertanian,
- pelancongan (pemandu pelancong, porter, penyelam) dan
- pengangkutan (teksi, bas, lori) selain
- penjaja,
- anak yatim dan
- ibu tunggal.
Hajiji yang juga Adun Sulaman berkata, RM1 juta daripada dana itu akan disalurkan kepada univerisiti untuk membantu mahasiswa yang terkesan dengan wabak berkenaan.
MAJLIS EKONOMI SABAH
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Sabah bagi membincangkan langkah pemulihan ekonomi negeri.
Beliau berkata, ahli majlis itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia terdiri daripada pemimpin industri, peniaga, NGO dan ahli akademik.