Ini Cara Pembayaran RM500 PEMERKASA Untuk B40 Dan Penerima BPR ~ Ramai Keliru Pendaftaran Bantuan Permohonan

Baru-baru ini, melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu pakej bantuan baru yang dinamakan sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa). 


Tujuan pakej PEMERKASA ini diumumkan adalah untuk meringankan beban rakyat malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang masih lagi dihadapi oleh negara kita.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan PEMERKASA yang akan diterima oleh golongan B40 dan Penerima BPR.

Jumlah Bantuan Akan Diterima

  • Untuk makluman anda, golongan B40 adalah antara golongan yang akan dibantu dengan diberikan bantuan tunai sebanyak RM500.
  • Tidak ketinggalan juga para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bantuan bayaran sebanyak RM500.

Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.2 bilion untuk 2.4 juta penerima.

Maklumat Bantuan RM500

Mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun layak untuk menerima bantuan ini.

Penerima tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.

Individu yang berstatus bankrap akan diberi kelonggaran buka akaun bank secara online bagi memudahkan mereka terima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang menguruskan kes mereka.

Bantuan akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial ((PERKESO).

Tarikh Bayaran Bantuan RM500

Tiada spesifik tarikh yang dikongsikan buat masa kini tentang bayaran ini.

Namun begitu, dijangkakan bayaran RM500 untu B40 dan penerima BPR ini akan dikreditkan bermula bulan Jun ini 2021.

Perlukah Pemohon Membuat Permohonan? Kalau Perlu Bagaimana Cara Untuk Membuat Permohonan?

Ramai pemohon yang keliru adakah bantuan baru ini perlu dibuat permohonan baharu semula?

Diingatkan sekali lagi bahawa, bantuan ini tidak perlu untuk membuat permohonan baharu.

Ya, tidak perlu pun untuk anda membuat pendaftaran permohonan baharu.

Bagaimana Pembayaran Akan Dibuat Ke Akaun Penerima? Ini Cara Pembayaran Bantuan

Bantuan ini akan dikreditkan dan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Maknanya, anda boleh untuk membuat semakan status pembayaran nanti apabila tarikh bayaran diumumkan kelak.

Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu anda.